Wednesday, September 16, 2009

Bahasa Tamil

1.0 Pengenalan

Pengkajian tentang bunyi-bunyi bahasa dan sistemnya telah lama menjadi tumpuan bidang linguistik. Misalnya, ahli linguis mengkaji bunyi konsonan, vokal, geluncuran, dan diftong yang memperlihatkan bagaimana bunyi tersebut terhasil dalam pertuturan dan memahami sistem bunyi sesuatu bahasa tersebut. Berdasarkan kepada pengkajian tentang ilmu bunyi bahasa ini, esei ini akan meninjau tentang bunyi konsonan dan vokal bahasa Tamil menerusi prosedur analisis fonologi struktur.

2.0 Bahasa Tamil

Menurut Andronov, bahasa Tamil merupakan bahasa yang dituturkan oleh komuniti Dravidian[1] di selatan India, iaitu di Madras.[2] Di Malaysia, terdapat lebih 80 peratus orang India di negara ini terdiri daripada orang Tamil.[3] Bahasa Tamil bukan sahaja menjadi bahasa komunikasi dalam kalangan masyarakat India, tetapi juga menjadi bahasa pengantar di sekolah jenis kebangsaan Tamil dan terdapat pengajian bahasa Tamil pada peringkat universiti. Kini, pada peringkat global, penutur bahasa Tamil menjangkau ke Sri Lanka, Vietnam dan Kepulauan Australia dan Pasifik.

Bahasa Tamil dapat dibezakan kepada dua aspek iaitu bahasa persuratan dan bahasa basahan.[4] Lazimnya, bahasa Tamil dalam bentuk persuratan tidak digunakan dalam komunikasi dan agak sukar untuk memahaminya. Malahan, untuk memahami bahasa tersebut, seseorang penutur itu perlu mendapatkan latihan yang khusus kerana bahasanya adalah bahasa penulisan. Bahasa ini juga digunakan oleh golongan terpelajar. Manakala bahasa basahan pula, menjadi bahasa moden dalam kalangan masyarakat Tamil dan boleh difahami oleh setiap penuturnya.[5] Oleh itu, didapati bahawa penggunaan bahasa Tamil yang dituturkan oleh penuturnya ialah bahasa basahan yang menjadi alat komunikasi berbanding dengan bahasa persuratan.



3.0 Tujuan dan Persoalan Kajian

Esei ini bertujuan untuk mengkaji unsur-unsur bunyi dan sistem bunyi bahasa Tamil. Secara khususnya, kajian ini menganalisis bunyi-bunyi konsonan tunggal, konsonan geminasi, vokal pendek dan vokal panjang bahasa Tamil berdasarkan bahasa basahan penutur tersebut.

Analisis yang dijalankan terhadap unsur-unsur bunyi dan sistem bahasa Tamil didasari oleh beberapa persoalan, iaitu:

a) Adakah konsonan tunggal dan geminasi bahasa Tamil dapat membezakan makna dalam bahasa basahan?
b) Adakah vokal pendek dan vokal panjang bahasa Tamil dikatakan sama?

4.0 Skop Kajian

Kajian ini meneliti perkataan-perkataan bahasa Tamil yang terdapat dalam Lampiran III, tesis Sarjana Prof. Mashudi Kader[6] dan data-data rakaman temu bual. Semua perkataan tersebut, dianalisis dengan melihat kepada bunyi konsonan tunggal, konsonan geminasi, vokal tunggal, dan vokal panjang. Setiap bunyi tersebut diklasifikasi mengikut persamaan dari segi daerah sebutan, cara sebutan, keadaan pita suara, bentuk bibir dan pengaliran udara berdasarkan huraian Daniel Jones (1969), Clark dan Yallop (1995), Nor Hashimah Jalaluddin (1998), dan Abdullah Hassan (2005).

5.0 Prosedur Analisis Fonologi Struktur

Penelitian terhadap data dan analisis terhadap struktur fonologi bahasa Tamil ini menggunakan prosedur Analisis Fonologi Struktur.[7] Sehubungan dengan itu, data-data yang diperoleh ditranskripsikan dengan menggunakan transkripsi luas dan transkripsi sempit. Transkripsi luas digunakan untuk menghasilkan bunyi yang tidak taksa dalam bentuk penyebutan. Lambang transkripsi luas ialah lambangan kurungan / /.[8] Manakala transkripsi sempit digunakan untuk melambangkan penyebutan bunyi tersebut dengan memasukkan lambang diakritik. Lambang transkripsi sempit ialah lambang [ ] untuk setiap permulaan dan pengakhiran pengujaran.[9]

Bunyi-bunyi yang ditranskripsikan itu akan diberi lambang mengikut International Phonetic Association (IPA). Lambang IPA tersebut akan menggunakan lambang IPA dalam Microsoft Windows. Penggunaan lambang IPA dalam Microsoft Windows memudahkan pengkaji untuk menunjukkan lambang bunyi tanpa membuat sebarang pindaan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa lambang yang perlu disesuaikan dalam Microsoft Windows. Hal ini kerana terdapat gangguan dalam bentuk fonetik Microsoft Windows sehingga menyebabkan lambang tersebut bukanlah mengikut piawai lambang IPA yang sebenar.[10]

Selanjutnya, data-data yang telah siap ditranskripsikan dimasukkan dalam carta fonetik. Carta fonetik yang disediakan itu adalah mengikut klasifikasikan tertentu seperti carta untuk konsonan tunggal sahaja. Hal ini supaya dapat memperlihatkan bunyi-bunyi konsonan tunggal berbeza dengan bunyi konsonan geminasi. Kemudian, disediakan satu carta konsonan lengkap dengan menggabungkan konsonan tunggal dan geminasi bahasa Tamil. Hal ini adalah untuk menunjukkan senarai konsonan sebenar yang terdapat bahasa Tamil yang barangkali berbeza dengan bahasa-bahasa yang lain.

Seterusnya, untuk membuktikan bahawa setiap bunyi konsonan bahasa Tamil adalah berbeza dan bertaraf fonem, maka pengkaji menggunakan kaedah pasangan terkecil berkontras. Menerusi kaedah ini, didapati bahawa bunyi tersebut bertaraf fonem apabila sepasang perkataan yang mempunyai bentuk fonetik yang sama, tetapi berkontras pada satu tempat sahaja, dan dapat membezakan makna. Dua bunyi yang dapat membezakan makna bermaksud bahawa bunyi tersebut merupakan dua fonem yang berlainan.[11] Setiap pasangan terkecil berkontras bahasa Tamil dibuktikan supaya dapat memperlihatkan bunyi-bunyi yang bertaraf fonem.

Prosedur terakhir, adalah dengan memerikan penyebaran semua lambang dengan mengambil kira cara sebutan, daerah sebutan, kedudukan bibir, lidah, keadaan pita suara dan kedudukan sesuatu fonem itu pada onset, koda dan nukleus. Melalui pemerian ini, maka, akan diperhatikan bunyi-bunyi yang tidak membezakan makna iaitu kelainan bebas[12] dan variasi bebas[13].

Justeru, dengan berdasarkan prosedur Analisis Fonologi Struktur ini, maka diperlihatkan bunyi-bunyi konsonan tunggal, geminasi, vokal pendek dan vokal panjang dalam bahasa Tamil. Bunyi-bunyi tersebut dibuktikan dalam pasangan terkecil berkontras dan penyebarannya.

6.0 Lambang Transkripsi Bahasa Tamil

Berikut adalah lambang-lambang transkripsi bahasa Tamil yang disesuaikan dengan lambang IPA.
Konsonan Tunggal
Jadual 1 : Lambang Transkripsi Konsonan IPA dan Bahasa Tamil
Lambang IPA
Lambang bahasa Tamil
p
p
b
b
t
t
d
d
ʈ
ʈ
k
k
g
g
m
m
n
n
ɳ
ɳ
r
r
ɽ
ɽ
β
β
v
v
ð
ð
s
s
ɣ
ɣ
x
x
l
l
y
y
q
q
Vokal
Jadual 2 : Lambang Transkripsi Vokal IPA dan Bahasa Tamil
Lambang IPA
Lambang bahasa Tamil
a
a
i
i
e
e
o
o
u
u
ə
ə
ɑ
ɑ
ɯ
ū


7.0 Lambang-lambang Lain

Selain itu, terdapat juga lambang-lambang lain yang terdapat pada bunyi konsonan dan vokal untuk menunjukkan fungsinya. Contoh lambang tersebut ialah :

~ nasal
: kepanjangan
w Labialisasi
j Palatalisasi

8.0 Pemaklum[14]

Data-data yang diperolehi dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada enam orang pemaklum daripada pelbagai peringkat umur. Pemaklum-pemaklum tersebut ialah Encik Sasidharan a/l Baskaren, yang berumur 57 tahun, Puan Poongggothai a/p Valasamy, berumur 55 tahun, Kaitri a/p Sasidharan, 24 tahun, Deepa Kalimuthu, 23 tahun, Kalarani a/p Krishnamoorthy, 33 tahun dan Aaron K Arumugalan, 29 tahun. Rasionalnya pemilihan mereka ini sebagai pemaklum adalah kerana mereka menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pertuturan mereka di rumah, disamping bahasa Inggeri. Selain itu, bahasa Tamil bahasa komunikasi bersama-sama dengan rakan Tamil dan pernah bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Hal ini sama seperti yang dilakukan oleh Mashudi Kader (1971) untuk mendapatkan data bahasa Melayu Pasar dan bahasa Tamil. Beliau menggunakan pemaklum yang bertutur dalam bahasa Melayu dan Tamil.[15] Hal yang sama juga seperti Noriah Mohamed dan Rohani Mohd. Yusof (2004) apabila menggunakan pemaklum yang terdiri daripada masyarakat bumiputera Sarawak ketika mereka membuat kajian leksikostatik perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahasa-bahasa bumiputera di Sarawak.[16]

Sebelum memulakan kajian ini, setiap pemaklum menjawab beberapa soalan daripada pengkaji terutamanya, soalan berkaitan dengan latar belakang diri pemaklum supaya pengkaji mendapat pemaklum yang benar-benar menggunakan dan mengetahui bahasa Tamil. Kaedah yang dijalankan adalah temu bual tak berstruktur secara bersemuka dan melalui telefon. Sebelum ditemu bual, setiap pemaklum telah dimaklumkan tentang tujuan kajian ini dan membenarkan suara mereka dirakam. Kesemua rakaman temu bual itu berjaya dirakam menggunakan alat MP4 kecuali dua orang pemaklum yang ditemu bual melalui telefon.

9.0 Fonem Konsonan Tunggal Bahasa Tamil

Bahasa Tamil mempunyai dua bentuk konsonan iaitu konsonan tunggal dan konsonan geminasi. Bahagian ini memaparkan dahulu konsonan tunggal. Terdapat 14 fonem konsonan tunggal bahasa Tamil umum.
Jadual 3 : Fonem Konsonan Tunggal BahasaTamil
Cara Sebutan
Bilabial
Labio Dental
Dental
Alveolar
Retroflex
Palatal
Velar
Plosif
/p/

/t/

/ʈ/

/k/
Frikatif

/v/

/s/



Lateral



/l/
/ɭ/


Getaran



/r/



Flap




/ɽ/


Nasal
/m/
/n/


/ɳ/


Separuh vokal



/y/










9.1 Pembuktian Fonem Konsonan

Bagi membuktikan bahawa setiap bunyi adalah bertaraf fonem, maka kaedah pasangan terkecil berkontras digunakan seperti berikut :

a) /p/ dan /t/
/pə:n/, [pə:n], ‘kutu’
/tə:n/, [tə:n], ‘madu’

b) /t/ dan /k/
/te:l/, [te:l], ‘kala jengking’
/ke:l/, [ke:l], ‘tanya’
c) /ʈ/ dan /k/
/ ʈɑgəm/, [ʈɑgəm], ‘dahaga’
/kɑgəm/, [kɑgəm], ‘gagak’

d) /k/ dan /p/
/ka:l/, [ka:l], ‘kaki’
/pa:l/, [pa:l], ‘susu’

e) /v/ dan /p/
/va:l/, [va:l], ‘ekor’
/pa:r/, [pa:r], ‘melihat’

f) /s/ dan /p/
/satham/, [saqam] ‘nasi’
/patham/, [paqam], ‘tapak kaki’

g) /r/ dan /l/
/pa:r/, [pa:r], ‘tengok’
/pa:l/, [pa:l], ‘susu’

h) /l/ dan /r/
/eli/, [jeli], ‘tikus’
/eri/, [jeri], ‘memanjat’

i) /ɭ/ dan /n/
/mãxəɭ/, [mãxəɭ], ‘anak perempuan’
/mãxən/, [mãxən], ‘ anak lelaki’

j) /m/ dan /n/
/mã:n/, [mã:n], ‘rusa’
/nã:n/, [na:n], ‘saya’

k) /n/ dan /ɭ/
/avan/, [avan], ‘dia lelaki’
/avaɭ/, [avaɭ], ‘dia perempuan’

l) /ɳ/ dan /t/
/ nã:nãm/, [ɳã:nãm], ‘akal’
/tã:nãm/, [tã:nãm], ‘derma’

m) /y/ dan /p/
/ya:r/, [ya:r], ‘siapa’
/pa:r/, [pa:r], ‘melihat’

n) / ɽ/ dan /l/
/eɽumbū/, [jeɽumbū], ‘semut’
/elumbu/, [jelumbū], ‘tulang’










9.2 Carta Bunyi Konsonan Bahasa Tamil


Cara Sebutan
Bilabial
Labio Dental
Dental
Alveolar
Retroflex
Palatal
Velar
Plosif
p b

t d

ʈ ɖ
c
k g
Frikatif
β
v

q ð s


χ ɣ
Lateral



/l/
/ɭ/


Getaran



/r/



Flap




/ɽ/


Nasal
/m/
/n/


/ɳ/


Separuh vokal



/y/




9.3 Fonem Konsonan dan Penyebaran Alofonnya.

Setiap alofon dihuraikan penyebarannya dari segi cara sebutan, daerah sebutan, keadaan pita suara, dan contoh.

9.3.1 Fonem Plosif
Terdapat empat fonem plosif iaitu fonem /p/, /t/, /ʈ/, dan /k/.

Jadual 4 : Fonem Konsonan Plosif dan Huraian
Fonim
Alofon
Penyebaran dan Contoh
/p/
[p]








[p=][17]




[b][18]







[β]
Bunyi /p/ merupakan konsonan plosif bilabial tak bersuara. Semasa bunyi [p] dihasilkan, udara dilepaskan dengan serta merta. Pita suara tidak bergetar.[19] Contohnya sebagai onset[20] /pə:n/, [pə:n], ‘kutu’.

Plosif bilabial yang tak bersuara, dan tidak dilepaskan. Pita suara tidak digetarkan. Contohnya, sebagai koda,[21] /sa:ppidū/ [sa:ppidū] ‘makan’.

Plosif bilabial bersuara. Penghasilan bunyi [b] ini juga adalah dengan merapatkan bibir. Apabila bunyi [b] cuba dihasilkan, pita suara akan bergetar.[22] Contohnya, sebagai onset, bervariasi bebas [baləm] dan [paləm] ‘kekuatan’.

Frikatif bilabial bersuara. Bunyi terhasil apabila menyempitkan ruang di antara titik artikulasi dengan artikulator.[23] Contohnya, sebagai koda, bervariasai bebas dengan [b] iaitu [iruβaðū] dan [irubaðū] ‘dua puluh’.

/t/
[t]





[d]







[ð]
Plosif dental alveolar bersuara. Hujung lidah dirapatkan ke gigi atas dan udara dilepaskan dengan serta merta. Pita suara digetarkan.[24] Contohnya, sebagai onset [tə:n], ‘madu’.

Plosif dental alveolar tak bersuara. Hujung lidah dirapatkan ke gugi atas dan udara yang tertahan pada rongga mulut dilepaskan dengan serta merta.[25] Hubungan [d] dan [t] adalah bervariasi bebas. Contohnya, sebagai onset [to:l] dan [do:l] ‘kulit’.

Frikatif dental alveolar bersuara. Hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras tetapi tidak menyekat aliran udara.[26] Pita suara bergetar. Sebagai koda bervariasi bebas dengan [t] Contohnya, sebagai koda, [ka:tu], dan [ka:ðu] ‘telinga’
/ʈ/
/ʈ/








/ɖ/
Bahasa Tamil mempunyai bunyi retroflex. Bunyi retroflex ini berlaku apabila lidah digulungkan ke atas ke arah lelangit keras.[27] Retroflex /ʈ/ merupakan plosif tak bersuara yang kedudukan lidah bertentangan dengan lelangit keras. Pita suara tidak bergetar. Contohnya, sebagai onset, iaitu [ʈɑgəm], ‘dahaga’.

Plosif retroflex bersuara. Lidah digulungkan ke arah bertentangan lelangit keras. Pita suara bergetar. Sebagai variasi bebas dengan /ʈ/ pada koda iaitu [kɑɖi] dan [kɑʈi] ‘gigit’.
/k/
[k]





[g]







[χ] dan
[ɣ]



Plosif velar bersuara. Lidah belakang dirapatkan ke arah lelangit lelangit lembut dan udara yang tertahan pada rongga mulut dilepaskan dengan serta merta.[28] Pita suara tidak bergetar. Contohnya, sebagai onset [ kavaley] ‘ susah’.

Plosif velar tak bersuara. Belakang lidah diangkat dan dirapatkan ke arah lelangit lembut. Udara yang tertahan pada rongga mulut dilepaskan dengan serta merta. Pita suara bergetar.[29] Sebagai onset dan bervariasi bebas dengan [k], misalnya [kaɭɭam] dan [gaɭɭam] ‘palsu’.

Frikatif velar tak bersuara dan bersuara. Belakang lidah diangkat rapat ke lelangit lembut dan berlaku penyempitan. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan bergeser. Pita suara tidak bergetar untuk menghasilkan bunyi frikatif velar tak bersuara iaitu [χ]. Pita suara bergetar untuk menghasilkan frikatif velar bersuara, iaitu [ɣ].[30] Misalnya,bervariasi bebas dan koda dengan [k] dan [ɣ] seperti [mãχəɭ], [mãkəɭ] dan [mãɣəɭ].



9.3.2 Fonem Frikatif

Terdapat satu fonem frikatif, iaitu /v/ dan /s/.

Jadual 5 : Fonem Konsonan Frikatif dan Huraian
Fonem
Alofon
Penyebaran dan Contoh
/v/





/s/
[v]





[s]
Frikatif labio dental bersuara. Gigi bawah dirapatkan ke arah bibir atas tetapi tidak rapat sehingga menyekat aliran udara. Udara dari paru-paru ditekan dan keluar dengan bergeser.[31] Pita suara bergetar. Misalnya, sebagai onset [veləηguðəl] ‘faham’ dan sebagai koda [mã:vū] ‘tepung’.

Frikatif dental alveolar tak bersuara. Hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras tetapi tidak menyekat aliran udara. Udara dari paru-paru tertekan dan keluar dengan bergeser. Pita suara tidak bergetar.[32] Misalnya, sebagai onset [seviɖū] ‘pekak dan sebagai koda [pasi] ‘lapar’



9.3.3 Fonem Lateral
Terdapat dua bunyi lateral dalam bahasa Tamil, iaitu /l/ dan /ɭ/.

Jadual 6 : Fonem Konsonan Literal dan Huraian
Fonem
Alofon
Penyebaran dan Contoh
/l/




/ɭ/
[l]




/ɭ/
Lateral dental alveolar. Hujung lidah dinaikan ke arah belakang gigi dan udara keluar terhalang sisi lidah.[33] Contohnya sebagai koda [pal] ‘gigi’.

Lateral retroflex. Lidah digulungkan ke arah belakang gigi dan udara keluar tanpa menyentuh pita suara. Pita suara tidak bergetar. Contohnya, sebagai koda [avaɭ], ‘dia perempuan’

9.3.4 Fonem Getaran

Fonem getaran yang terdapat dalam bahasa Tamil ialah satu sahaja, iaitu [r]




Jadual 7: Fonom Konsonan Getaran dan Huraian
Fonem
Alofon
Penyebaran dan Contoh
/r/
[r]
Getaran dental alveolar. Hujung lidah digetarkan beberapa kali ke lelangit keras.[34] Contohnya sebagai koda, [pa:r] ‘tengok’

9.3.5 Fonem Flap
Fonem flap dalam bahasa Tamil ialah /ɽ/

Jadual 8 : Fonem Flap dan Huraian
Fonem
Alofon
Penyebaran dan Contoh
/ɽ/
[ɽ]
Flap retroflex. Hujung lidah digulungkan dan ditampar sekali sahaja bagi menghasilkan bunyi flap dan hujung lidah tidak bergetar. Contohnya, pada posisi koda [jeɽumbū] ‘semut’



9.3.6 Fonem Nasal

Fonem nasal dalam bahasa Tamil ada tiga, iaitu /m/, /n/ dan /ɳ/.
Jadual 9: Fonem Nasal dan Huraian
Fonem
Alofon
Penyebaran dan Contoh
/m/




/n/









/ɳ/
[m]




[n]




[n]




[ɳ]
Nasal bilabial. Dua bibir dirapatkan, lelangit lembut diturunkan dan udara keluar melalui rongga hidung.[35] Contohnya sebagai onset,
[mã:n] ‘rusa’ dan sebagai koda, [samẽy] ‘ memasak’

Nasal dental. Hujung lidah berartikulasi dengan gigi. Lelangit lembut diturunkan dan udara keluar melalui rongga hidung.[36] Contohnya, sebagai onset dalam [nã:n] ‘saya’ dan [nãri] ‘musang’.

Nasal alveolar. Hujung lidah dirapatkan pada gusi dengan lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan dan udara keluar melalui rongga hidung.[37] Bunyi [n] dental ini saling melengkapi, iaitu [n] hadir sebagai koda [avan] ‘dia lelaki’.

Nasal retroflex. Lidah digulungkan ke arah lelangit keras yang bersempadan dengan gigi gusi. Lelangit lembut diturunkan dan udara keluar melalui rongga hidung. Misalnya, sebagai onset [ɳã:nãm] ‘akal’.

9.3.7 Fonem Separuh Vokal
Terdapat satu sahaja fonem separuh vokal iaitu /y/

Jadual 10 :Fonem Separuh Vokal dan Huraian
Fonem
Alofon
Penyebaran dan Contoh
/y/
[y]
Separuh vokal palatal. Hujung lidah diangkat ke arah palatal. Contohnya, pada posisi onset [ya:r] ‘siapa’


10.0 Fonem Konsonan Geminasi

Bahagian ini memaparkan proses geminasi yang berlaku dalam konsonan dan pembuktian bahawa konsonan geminasi merupakan fonem. Menurut Teoh (1994), geminasi berlaku apabila segmen atau fitur berganda terlekat bersama pada garisan yang dihubungkan oleh skeletal X, iaitu pada gatra struktur silabik.[38] Contohnya, :

[F]


X X
monosegmental geminasi

Justeru, geminasi yang berlaku seperti di atas, menyebabkan berlakunya pemanjangan konsonan bahasa Tamil.

10.1 Pembuktian Konsonan Geminasi bahasa Tamil

Berikut ialah pembuktian konsonan geminasi.

/pp/ /kaatu/, [ka:tu], ‘telinga’
/kaappu/, [ka:ppu], ‘mempertahankan’

/tt/ /kaatu/, [ka:tu], ‘telinga’
/kaattu/, [ka:ttu], ‘angin’

/ʈʈ/ /o:ʈʈū/, [wo:ʈʈū], ‘menonggang’
/o:du/, [wo:ɖū], ‘lari’

/cc/ /paaccai/, [pa:ccai], ‘hijau’
/paacai/, [pa:cai], ‘lipas’

/kk/ /makχaɭ/,[makxaɭ], ‘masyarakat’
/makhaɭ/, [maχaɭ], ‘anak perempuan

/ɭɭ/ /kaɭɭam/, [kaɭɭam], ‘palsu’
/kaɭam/, [kaɭam], ‘tempat’

/ll/ /pulli/, [pulli], ‘titik’
/puli/, [puli], ‘harimau’

/mm/ /cammaɳam/, [cammaɳam], ‘ duduk dengan satu kaki’
/camaɳam/, [camaɳam], ‘bogel’

/nn/ /kannam/, [kannam], ‘pipi
/kanam/, [kanam], ‘berat’


/ɳɳ/ /aɳɳi/, [aɳɳi], ‘kakak ipar’
/aɳi/, [aɳi], ‘barang perhiasan’

/yy / /mayyaam/, [ma:yya:m], ‘pusat’
/maayaam/, [ma:ya:m], ‘ghaib’

11.0 Carta Konsonan Bahasa Tamil
Cara Sebutan
Bilabial
Labio Dental
Dental
Alveolar
Retroflex
Palatal
Velar
Plosif
p b pp

t d tt

ʈ ɖ
cc
k g kk
Frikatif
β
v

q ð s


χ ɣ
Lateral



l ll
ɭ ɭɭ


Getaran



r



Flap




ɽ


Nasal
m mm
n nn


ɳ ɳɳ


Separuh vokal



y yy





12.0 Fonem Vokal Pendek Bahasa Tamil

Dalam bahasa Tamil Umum terdapat dua bentuk vokal iaitu vokal pendek dan vokal panjang. Bahagian ini memaparkan vokal pendek bahasa Tamil. Terdapat lima fonem vokal seperti berikut :

Jadual 11 : Fonem Vokal Pendek Bahasa Tamil
Vokal
Depan
Tengah
Belakang
Sempit
/i/

/u/
Separuh Sempit
/e/

/o/
Luas

/a/


12.1 Pembuktian Fonem Vokal

Untuk membuktikan vokal merupakan fonem, maka dua bunyi vokal yang berkontras dalam pasangan terkecil membezakan makna. Selain itu, dua bunyi yang hampir sama artikulasinya saling melengkapi jika satu segmen wujud dalam satu posisi dalam kata dan satu lagi wujud di posisi lain perkataan tersebut dan dua bunyi vokal pada posisi yang sama dalam pasangan terkecil yang tidak membezakan makna. Berikut ialah pembuktian vokal pendek :

/i/ dan /a/
/kali/, [kali], ‘sejenis makanan’
/kala/, [kala], ‘lukisan’

/e/ dan /a/
/eri/, [jeri], ‘memanjat’
/ari/, [ari], ‘gatal’

/a/ dan /o/
/kal/, [kaɭ], ‘todi’
/koɭ/, [koɭ], ‘gram’

/a/ dan /u/
/kaɖi/, [kaɖi], ‘gigit’
/kuɖi/, [kuɖi], ‘minum’

/u/ dan /o/
/kuppi/, [kuppi], ‘barang perhiasan wanita yang diperbuat daripada emas dan diletakkan pada rambut wanita’
/koppi/, [koppi], ‘kopi’

12.2 Carta Bunyi Vokal

Carta di bawah merupakan kedudukan lidah ketika membunyikan vokal bahasa Tamil.

i ū u
e ə o


a ɑ depan tengah belakang


sempit
sep. sempit

luas


12.3 Fonem vokal dan Penyebaran Alofonnya

Fonem vokal pendek dalam bahasa Tamil ada lima. Berikut ialah jadual fonem, alofon, penyebaran dan contoh untuk vokal pendek tersebut.

Jadual 12 : Fonem Vokal Pendek dan Huraian
Fonem
Alofon
Penyebaran dan Contoh
/i/






/e/










/a/


















/o/















/u/

[i]


[ĩ]



[e]



[ê]


[je]



[a]



[ã]



[ɑ]


[ɑ]



[ə]


[wo]




[o]




[õ]



[ū]



[ū]



[wu]


[ũ]



[u]
Vokal depan sempit. Bibir hampar. Nukleus di tempat-tempat lain, contohnya [tin], ‘tin’

Vokal depan sempit dinasalkan. Bibir menjadi hampar. Contohnya, nukleus jika didahului oleh konsonan nasal, [talexanĩ] ‘bantal’.

Vokal depan separuh sempit. Misalnya,
[seʈʈu] ‘burung padang’

Vokal depan separuh sempit nasal. Misalnya, nukleus jika didahului oleh konsonan nasal, [samēy] ‘memasak’.

Bunyi vokal separuh sempit dipalatalkan. Nukleus di awal kata, [jeʈʈu] ‘lapan’, dan [jeri], ‘memanjat’.




Vokal depan luas. Lidah tidak ditekan. Bibir hampar.[39] Contohnya, nuklues pada awal kata, [avan] ‘dia lelaki’, [aymbaðu] ‘lima puluh’.

Vokal depan luas yang dinasalkan. Velum diturunkan. Udara keluar melaui rongga mulut dan rongga hidung.[40] Contohnya, nukleus jika didahului oleh konsonan nasal, [kanãvū] ‘mimpi’.


Vokal belakang luas. Contohnya, nukleus di mana-mana sahaja iaitu [pɑxəl] ‘tengahari’.


Vokal belakang luas yang dinasalkan. Contohnya, nuklues selepas konsonan nasal, [maxəɭ] ‘anak perempuan’.


Vokal tengah nasal. Contohnya, nuklues selepas konsonan nasal, [wuɽavinər] ‘kekerabatan’.

Vokal belakang. Penambahan pembundaran bibir, dengan tanda diakritik w.[41] Misalnya, pada awal suku kata [wonbaðu] ‘sembilan’.

Vokal belakang separuh sempit. Belakang lidah diturunkan 1/2 di antara titik yang paling tinggi dan paling rendah di belakang lidah. Udara keluar melalui rongga mulut. Pita suara bergetar. Bibir dibundarkan. Misalnya, [koɭ] ‘gram’.

Vokal belakang separuh sempit, dinasalkan. Sebagai nuklues selepas konsonan nasal [paði nõndrū] ‘sebelas’.


Vokal belakang sempit sekunder. Lidah diangkat setinggi yang boleh. Udara keluar melalui rongga mulut. Bibir dihamparkan. Misalnya, [kurəl] ‘suara’

Vokal belakang sempit sekunder dinasalkan. Lidah diangkat setinggi yang boleh. Velum diturunkan. Udara keluar melalui rongga mulut dan rongga hidung. Bibir dihamaparkan. Misalnya, nuklues selepas konsonan nasal, [ muɖi] ‘rambut’.

Vokal belakang sempit. Bibir dibundarkan dahulu. Misalnya, [wuðaðu] ‘bibir’.
Vokal belakang sempit dinasalkan. Nuklues jika didahului oleh
[mũʈʈey] ‘telur’.

Vokal belakang sempit. Lidah diangakat setinggi yang boleh. Hadir di mana-mana tempat seperti [rusi] ‘sedap’


13.0 Fonem Vokal Panjang

Selain daripada vokal pendek, bahasa Tamil juga mempunyai vokal panjang. Kepanjangan sesuatu vokal itu dikatakan sebagai bunyi suprasegmental, iaitu bunyi-bunyi yang mengiringi bunyi segmental. Fonem vokal panjang dalam bahasa Tamil diberi lambang dua titik, yang dipanggil sebagai mora [:]. Terdapat lima vokal panjang dalam bahasa Tamil iaitu /i:/, /e:/, /a:/, /o:/ dan /u:/.

13.1 Pembuktian Fonem Vokal Panjang Bahasa Tamil

/i/ dan /i:/ /tin/, [tin], ‘tin’ /ti:n/, [ti:n], ‘makanan’

/e/ dan /e:/ /elu/, [jelu], ‘bijan ’ /e:lu/, [je:lu], ‘tujuh’

/a/ dan /a:/ /kal/, [kal], ‘batu’ /ka:l/, [ka:l], ‘kaki’

/o/ dan /o:/ /oʈʈu/, [woʈʈu], ‘sumpah’ /ooʈʈu/, [wo:ʈʈu], ‘halau’

/u/ dan /u:/ /kuttu/, [kuttu], ‘mencucuk’ /kuuttu/, [ku:ttu], ‘menyapu


13.2 Carta Bunyi Vokal Panjang Bahasa Tamil

Vokal
Depan
Tengah
Belakang
Sempit
/i:/

/u:/
Separuh Sempit
/e:/

/o:/
Luas

/a:/








13.3 Fonem Vokal Panjang dan Penyebaran Alofonnya.

Jadual 13 : Fonem Vokal Panjang dan Huraian
Fonem
Alofon
Penyebaran dan Contoh
/i:/









[i:]



[ĩ:]


[i:]



Vokal depan panjang dan agak rendah. Contohnya, selepas konsonan retroflex [vi:ʈʈil] ‘rumah itu’

Vokal depan panjang agak rendah yang dinasalkan. Nuklues selepas konsonan retroflex nasal, [tɑɳɳi:r] ‘sudu’.

Vokal depan panjang sempit. Nukleus pada mana-mana tempat [si:ni] ‘gula’

/e:/
[ê:]



[je:]


[e:]


[ê:]


[je:]
Vokal depan panjang separuh sempit agak rendah dinasalkan. Nukleus selepas konsonan nasal retroflex [vê:ŋgayəm] ‘bawang’

Vokal depan separuh sempit agak rendah dan dipalatalisasikan. Misalnya, pada [je:lu] ‘tujuh’.

Vokal depan separuh sempit. Nukleus selepas konsonan, seperti [te:n] ‘madu’

Vokal depan separuh sempit dinasalkan. Nukleus selepas konsonan nasal [nindinê:n] ‘ berenang’.

Vokal depan panjang separuh sempit, dipalatalkan. Nukleus di awal kata [je:ri].
/a:/
[ɑ]


[ɑ]

[ã:]


[a:]
Vokal panjang luas, dinasalkan. Nuklues selepas konsonan retroflex nasal. Misalnya, [vɑ:xanəm] ‘kereta’.

Vokal panjang luas. Nuklues pada mana-mana tempat selepas konsonan. Misalnya, [kɑ:kka:].
Vokal depan panjang luas dan dinasalkan. Nukleus selepas konsonan nasal. Misalnya, [ammã:] ‘emak’

Vokal depan panjang luas. Sebagai nuklues pada mana-mana tempat selepas konsonan. Misalnya, [pa:l] ‘susu’.
/o:/
[õ:]


[o:]


[wo:]
Vokal belakang panjang separuh sempit dinasalkan. Nuklues selepas konsonan nasal seperti [nõ:l] ‘tidak suka’

Vokal belakang separuh sempit. Sebagai nuklues, selepas konsonan [ko:li]

Vokal belakang panjang separuh sempit, dengan berlaku pembundaran bibir. Misalnya [wondɽū] ‘satu’
/u:/
[ũ:]



[u:]

[wu:]
Vokal belakang panjang sempit dinasalkan. Nuklues selepas konsonan nasal, [nu:ɽū] ‘seratus’.

Vokal belakang panjang sempit. Nuklues pada mana-mana tempat, misalnya [ku:lavi] ‘lebah’.

Vokal panjang sempit, dengan bibir dibundarkan dahulu. Misalnya, [wu:si] ‘jarum’


14.0 Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan konsonan dan vokal bahasa Tamil, didapati bahawa bahasa Tamil bukan sahaja mempunyai konsonan tunggal dan vokal pendek, tetapi mempunyai konsonan geminasi dan vokal panjang. Hal ini menunjukkan bahawa bunyi-bunyi suprasengmental telah mempengaruhi bunyi konsonan dan vokal bahasa Tamil yang menyebabkan berlakunya perbezaan makna. Oleh itu, jelaslah bahawa bahasa tamil mempunyai keistimewaannya yang tersendiri untuk menjadikannya berbeza dengan bahasa-bahasa lain.




Bibliografi

Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Bentong : PTS Professional.

Asmah Hj. Omar. (2001). Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Clark, J. dan Yallop, C. (1995). An Introduction Phonetics and Phonology. Second Edition. Oxford : Blackwell.

Collins, B. dan Mees, I. M. (2003). Practical Phonetics and Phonology. London : Routledge.

de Saussure, F. (1993). Pengantar Linguistik Umum. Terjemahan oleh Ajid Che Kob. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Handbook of the International Phonetic Association : A Guide To The Use Of International Phonetic Alphabet. (1999). Cambridge : Cambridge University Press.

Jones, D. (1969). An Outline of English Phonetics. Ninth Edition. Cambridge : W. Heffer & Sons Ltd.

Kamus Linguistik. (1997). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

K. Anbalakan. (2008). Identiti India di Malaysia. Pulau Pinang : Penerbit USM.

Mashudi Kader. (1971). “Satu Kajian Pertenbungan di antara Bahasa Melayu Umum dengan Bahasa Tamil di Kuala Lumpur”. Tesis Ijazah Sarjana Sastera, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

M. S. Andronov. (1965). The Tamil Language. Moscow : Nauka Publishing.

Nor Hashimah Jalaluddin. (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Mohamed dan Rohani Yusof. (2004). Pengelompokan Leksikostatistik Bahasa- bahasa Bumiputera di Sarawak. Laporan Akhir Kajian Penyelidikan Fundamental, Universiti Sains Malaysia.

Teoh Boon Seong. (1994). The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.










[1] Dravidian ialah sebuah komuniti yang menggunakan empat bahasa Dravidian iaitu Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannadam. Lihat K. Anbalakan (2008, hlm. 123) untuk keterangan lanjut.
[2] M. S. Andronov, The Tamil Language (Moscow : Nauka Publishing, 1965 ), hlm. 9.
[3] K. Anbalakan, Identiti India di Malaysia (Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2008), hlm. 118.
[4] Bahasa Basahan merupakan bahasa pertuturan harian yang digunakan dalam situasi yang tidak rasmi. Lihat Kamus Linguistik, 1997, hlm. 28.
[5] S.M. Androv, The Tamil Language, hlm. 9
[6] Pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof. Mashudi Kader kerana telah membenarkan pengkaji menggunakan data dalam Lampiran III tesis beliau. Sesungguhnya data-data tersebut banyak membantu pengkaji untuk mendapatkan data-data tambahan.
[7] Fonologi Struktural dimulakan oleh Ferdinand de Saussere yang melihat bahasa sebagai satu sistem (la langue dengan manifestasi bahasa yang benar-benar terjadi dalam pertuturan atau tulisan (la parole). Lihat Saussure (1993, hlm. xvii)
[8] Norhashimah Jalaludian, Asas Fonetik, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000), hlm. 69.
[9] ibid.,
[10] Handbook of the International Phonetic Association : A guide to the use of the International Phonetic Alphabet, (Cambridge : Cambridge University Press, 1999), hlm. 31.
[11] Abdullah Hassan, Linguistik Am : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, (Bentong : PTS Professional, 2005), hlm. 67
[12] Bunyi yang bertaraf fonem, tetapi tidak berkontras dalam pasangan terkecil. Contohnya /agama/, /ugama/ dan /igama/. Bunyi /a/, /u/, dan /i/, bertaraf fonem, tetapi tidak berkontaras. (Lihat Abdullah Hassan, 2005, hlm. 69)
[13] Kejadian yang alofon daripada satu fonem dalam konteks perkataan dengan tidak menimbulkan perbezaan makna. Contoh /oraη/ dan /oɣan/. (Lihat Abdullah Hasaan, 2005, hlm. 69-70).
[14] Pemaklum juga dirujuk sebagai informan. (Asmah Hj. Omar, 2001, hlm. 45)
[15] Mashudi Kader, ‘Satu Kajian Pertembungan di antara Bahasa Melayu Umum dengan Bahasa Tamil di Kuala Lumpur’ (Tesis Ijazah Sarjana, Universiti Malaya, 1971), hlm. passim.
[16] Noriah Mohamed dan Rohani Yusof, Pengelompokan Leksikostatistik Bahasa-bahasa Bumiputera di Sarawak (Laporan Akhir Kajian Penyelidikan Fundamental, Universiti Sains Malaysia, 2004), hlm. passim.
[17] Bunyi alofon daripada fonem yang sama. Bunyi [p] dan [p=] saling melengkapi.
[18] Bunyi [b] merupakan merupakan variasi bebas. Meskipun fonem [b] mempunyai kelainan dengan bunyi [p], namun tidak membezakan erti makna.
[19] Daniel Jones, An Outline of English Phonetics ( Cambridge : W. Heffer & Sons Ltd,1969), hlm. 47.
[20] Onset ialah bahagian awal suatu suku kata (Kamus Linguistik, 1997 hlm. 168).
[21] Koda ialah bahagian terakhir suku kata yang mengikuti nuklues (Kamus Linguistik, 1997 hlm. 135)
[22] Daniel Jones, An Outline of English Phonetics, hlm. 44.
[23] Nor Hashimah Jalaluddin, Asas Fonetik, hlm. 37.
[24] Daniel Jones, An Outline of English Phonetics, hlm. 45.
[25] ibid.,
[26] Abdullah Hassan, Linguistik Am : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, hlm.52.
[27] Daniel Jones, An Outline of English Phonetics, hlm. 214.
[28] ibid., hlm. 47.
[29] ibdi.,
[30] Abdullah Hassan, Linguistik Am : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, hlm.52.
[31] ibid.,
[32] ibid.,
[33] Daniel Jones, An Outline English Phonetics, hlm.47.
[34] Nor Hashimah Jalaluddin, Asas Fonetik, hlm. 36 dan 37.
[35] Daniel Jones, An Outline of English Phonetics, hlm.47.
[36] ibid.,
[37] ibid.,
[38] Teoh Boon Seong, The Sound System of Malay Revisited (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka), hlm. 68-69.
[39] Beverly Collins dan Inger M. Mees, Practical Phonetics and Phonology (London : Routlegde, 2003), hlm. 60.
[40] Daniel Jones, An Outline of English Phonetics, hlm. 40.
[41] Beverly Collins dan Inger M. Mees, Practical Phonetics and Phonology (London : Routledge, 2003), hlm, 53.

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri

Aidilfitri menjelma lagi....jumaat ni aku balik kampung. Rindunya aku pada mak dan kampung di kuala pilah. Tetapi setiap kali menjelang aidilfitri, aku rindu kenangan bersama ayah. Dia pergi meninggalkan aku, dan setiap kali ramadhan dan aidilfitri, tiadalah dirinya di sisiku. Dia pergi dengan mengambil sebahagian daripada hidupku. Aku akan rindukannya selalu selagi hayat dikandung badan.